Tuesday 23 April 2019

SISTEM SELF WATERING GARDEN (DIY)



Projek ini bermula bila terlihat di satu video di Youtube jadi nak dijadikan cerita maka terjebak la aku dengan gigihnya men DIY projek ni. Bukan apa, kos yang murah & menjimatkan untuk semua orang yang mencubanya. barang-barang pun ada kat sekeliling kita je.

Ok apa yang perlu ada :

1. Pisau / Gunting
2. Dawai & Paku
3. Buluh / Kayu penyapu
4. Playar
5. Botol Mineral / Botol minuman yang sesuai (3@4 botol)
6. lilin & lighter

Langkah 1

Ambil 3 atau 4 Botol tadi, potong bahagian Bontotnya (bunyi kasar sikit ;-) potongan ini bertujuan untuk memberi udara keluar dari botol.

Langkah 2

Hidupkan lilin dengan lighter, kemudian ambil paku panaskan dengan mengepitnya menggunakan playar, jangan dengan tangan karang melecup pulak (Dalam 1 minit)

Langkah 3

Gunakan paku yang panas untuk menebuk 3 lubang di sekeliling bontot botol yang sudah dipotong tadi. (buat semua botol) jarak antara lubang biarlah sekata antara satu yang lain.

Langkah 4

Potong dawai dengan playar mengikut ketinggian yang sesuai (setiap botol potong 3 dawai yang sama panjang) ikat ketiga-tiga lubang dengan dawai dan cantumkan dihujungnya dengan menyimpulkan 4/5 kali supaya menjadi seperti penyangkut.

Langkah 5

Gunakan buluh / kayu penyapu sebagai medium untuk menjadi penyidai bagi botol yang telah siap diikat dengan dawai tadi. pastikan jarak gantungan mengikut jarak pasu atau polibeg tanaman kita.

Langkah 6

Isikan air ke dalam botol sepenuhnya (lagi besar saiz botol, lagi lama tahan air untuk menyiram). buka sedikit demi sedikit tudung botol supaya air dapat keluar. laraskan mengikut kesesuaian & keperluan pokok. jika sudah berpuas hati maka boleh ujinya berapa lama ianya boleh bertahan. mungkin sehari, dua hari atau 8 jam sahaja bergantung tahap berapa banyak air yang telah dilepaskan.

Setelah mengenal pasti tempoh air itu akan habis, maka peringkat berikutnya cuma isikan semula apabila air sudah kehabisan. sebagai contoh jika akan habis dalam masa 2 hari, maka selepas 2 hari kenalah tambah airnya.

jadi DIY ni harap dapat dikongsi untuk yang minat berkebun, terutama yang suka tanam tanaman dalam pasu. ok Chau Chin Chau dulu..

Tuesday 3 November 2015

Projek Rak Besi (DIY)




Sempena cuti hari minggu Sabtu & Ahad, aku terpikir nak buat tempat simpan barang, Ye laa stor dah buat 2 bulan lepas (kos RM5K) jugak upah indon. tapi masalahnya barang yang tak pakai tak jugak dimasukkan dalam stor, mana tidaknya sebelum nak simpan dalam stor mesti kena susun & kemas2 lepas tu simpan dalam kotak & kena label lagi bagi senang nanti nak cari huhuhu itu yang malas.

Ok la jangan cerita semua tu lagi, yang menjadikan aku nak buat rak besi tu bukannya apa sebab stornya tu kecik comel & lagi pun berbentuk "L"  ikut bucu pagar rumah. Jadi bermula la plan aku nak memaksimumkan penggunaan stor yang dah tersedia ni. jadi apa lagi aku pun guna la khidmat En Google mencari sample2 yang boleh aku tiru / ubahsuai sikit antaranya https://putrimeryf.wordpress.com/2011/12/14/membuat-rak-besi-sendiri/ dengan yang lagi satu http://sayamahukawin.blogspot.my/2013/07/rak-besi.html tapi yang menjadi pelik semuanya blog perempuan.. ingatkan laki punya wallah.., mungkin projek ni senang sampai perempuan pun boleh buat pikir aku.. so dalam hati pun tersebut let do it (less duit aku) hahahah..

perkara pertama mestilah kena plan barang yang nak guna tu :

1. Besi nak buat rak tu
2. flywood
3. Bolt & Nut
4. alatan pertukangan (gergaji, spanar, tape ukur, pensil, kikir, sesiku L)
5. Barang yang dirasakan perlu


Ok sebelum nak beli barang kena ukur dulu saiz rak yang nak dibuat (tengok ruang stor kita la) jadi aku pun ukur2 nak buat saiz (tinggi 6 kaki) x (lebar 2 kaki) x (panjang 8 kaki) jadi kena kira pulak berapa tingkat nak buat? pikir-pikir buat 3 tingkat pun ok dah. jadi aku pun beli 8 batang besi dengan 2 keping flywood (betul ke keping?) entah.. hentam je labu.

8 batang besi            rm18 x 8 = rm144
2 papan flywood      rm 36 x 2 = rm 72
40 bolt & nut            rm 0.20 x 40 = rm 8

jumlah belanja beli barang RM 224 (Eh mahal pulak, macam beli perabut je) apa nak buat, bagi puas hati. nak upah mesti mahal.. sekarang kerja membeli barang sudah selesai, kiranya bermula la part aku pulak mengerjakan barangnya pulak... hehehe

Step 1
kerja mengukur & memotong habis masa seharian, ye laa guna gergaji biasa je, memang alat seminima je yang ada. sampai meja nak potong pun pakai kerusi. apa lagi nak pakai apit G ke bagi jangan bergoyang.


Step 2
Bila dah selesai potong besi dengan flywood barulah boleh nak mulakan cantum-cantum barang bagi jadi bentuk rak (letih motong besi, sampai tangan pun jadi merah). kali ni sambung besi-besi yang dah dipotong dengan bolt 7 nut bagi bentuk rangka rak dulu.. ingat kena ukur & tanda mana lubang yang nak diikat pakai bolt & nut tu, pakai marker / pensil pun boleh.


oklah, nanti step yang lain sambung balik di posting lain pulak, tunggu.., letih ngadap laptop je


Step 3
Bila dah habis siap potong, mula la kerja-kerja menyambung besi dengan bolt & nut. ukur ketinggian berapa yang kita nak setiap tingkat rak. Bagi projek ni aku buat sama besar ketinggiannya 2 Kaki setengah.

Step 4
Untuk lantai perlu flywood yang agak tebal supaya barang yang berat-berat dapat ditampung. setelah dipasang flywood tu, nampaknya 2 keping tak cukup, nasib baik baki yang kecil-kecil dapat tampung juga bahagian yang terkurang tu.