Tuesday, 23 April 2019
SISTEM SELF WATERING GARDEN (DIY)
Projek ini bermula bila terlihat di satu video di Youtube jadi nak dijadikan cerita maka terjebak la aku dengan gigihnya men DIY projek ni. Bukan apa, kos yang murah & menjimatkan untuk semua orang yang mencubanya. barang-barang pun ada kat sekeliling kita je.
Ok apa yang perlu ada :
1. Pisau / Gunting
2. Dawai & Paku
3. Buluh / Kayu penyapu
4. Playar
5. Botol Mineral / Botol minuman yang sesuai (3@4 botol)
6. lilin & lighter
Langkah 1
Ambil 3 atau 4 Botol tadi, potong bahagian Bontotnya (bunyi kasar sikit ;-) potongan ini bertujuan untuk memberi udara keluar dari botol.
Langkah 2
Hidupkan lilin dengan lighter, kemudian ambil paku panaskan dengan mengepitnya menggunakan playar, jangan dengan tangan karang melecup pulak (Dalam 1 minit)
Langkah 3
Gunakan paku yang panas untuk menebuk 3 lubang di sekeliling bontot botol yang sudah dipotong tadi. (buat semua botol) jarak antara lubang biarlah sekata antara satu yang lain.
Langkah 4
Potong dawai dengan playar mengikut ketinggian yang sesuai (setiap botol potong 3 dawai yang sama panjang) ikat ketiga-tiga lubang dengan dawai dan cantumkan dihujungnya dengan menyimpulkan 4/5 kali supaya menjadi seperti penyangkut.
Langkah 5
Gunakan buluh / kayu penyapu sebagai medium untuk menjadi penyidai bagi botol yang telah siap diikat dengan dawai tadi. pastikan jarak gantungan mengikut jarak pasu atau polibeg tanaman kita.
Langkah 6
Isikan air ke dalam botol sepenuhnya (lagi besar saiz botol, lagi lama tahan air untuk menyiram). buka sedikit demi sedikit tudung botol supaya air dapat keluar. laraskan mengikut kesesuaian & keperluan pokok. jika sudah berpuas hati maka boleh ujinya berapa lama ianya boleh bertahan. mungkin sehari, dua hari atau 8 jam sahaja bergantung tahap berapa banyak air yang telah dilepaskan.
Setelah mengenal pasti tempoh air itu akan habis, maka peringkat berikutnya cuma isikan semula apabila air sudah kehabisan. sebagai contoh jika akan habis dalam masa 2 hari, maka selepas 2 hari kenalah tambah airnya.
jadi DIY ni harap dapat dikongsi untuk yang minat berkebun, terutama yang suka tanam tanaman dalam pasu. ok Chau Chin Chau dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)